Sunday 29 January 2012

HPA Industries

ProfilUsahawanPilihan
 
 
Tuan Haji Ismail bin Ahmad 
Managing Director
HPA Industries Sdn Bhd
Address: Lot 1985,
Jalan Jejawi Dalam,
02600 Arau, Perlis.
Tel: 04-985 2015
Fax: 04-985 3051

Syarikat ini telah diasaskan oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad yang berasal dari Kg. Mata Ayer, Perlis pada bulan September 1987 secara kecil-kecilan yang ketika itu dikenali dengan nama Perubatan Tradisional Al Wahida. Selepas 8 tahun beroperasi, berbekal warisan peninggalan nenek moyang, HPA Industries Sdn. Bhd. pun ditubuhkan pada 15 hb Julai 1995. HPA merujuk kepada Herba Penawar Al-Wahida.

Pengalaman HPA pada masa lalu mampu mencatat sejarah kejayaan dan bertahan sehingga kini. HPA merupakan perniagaan yang penuh dengan potensi, pencapaian dan kecemerlangan. Tujuan utama penubuhan syarikat ini ialah untuk memberi pendedahan mengenai perubatan herba tradisional sebagai satu rawatan alternatif kepada masyarakat, bukan sahaja memberi kesihatan yang terjamin malahan dapat mengecapi kemakmuran dan memperkayakan kehidupan.


HPA Industries Sdn. Bhd diasaskan oleh seorang anak tani yang berpengalaman luas dalam bidang herba di Malaysia. Beliau yang dimaksudkan ialah Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad selaku pengasas HPA memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan. Beliau yang berasal dari Kg. Mata Ayer, Perlis pada bulan September 1987 secara kecil-kecilan yang ketika itu dikenali dengan nama Perubatan Tradisional Al Wahida. Selepas 8 tahun beroperasi, berbekal warisan peninggalan nenek moyang, HPA Industries Sdn. Bhd. pun ditubuhkan pada 15 hb Julai 1995. HPA merujuk kepada Herba Penawar Al-Wahida.

HPA memasuki era Multi Level Marketing (MLM) mulai 1997 dan mendapat pengiktirafan MLM Syariah dari Pusat Konsultasi Syariah Indonesia. HPA juga telah mewujudkan panel syariah untuk memantau perniagaannnya. Lebih 500 jenis produk telah dikeluarkan oleh HPA dan ianya terdiri daripada produk kesihatan (herba), kegunaan harian, makanan, minuman, kosmetik, umrah & haji dan lain-lain lagi. Sasaran HPA ialah mengeluarkan 5000 jenis produk lagi pada masa akan datang. Pada  tahun 2010 HPA telah membeli bangunan setinggi 13 tingkat di Seksyen.13 Shah Alam. Bernilai RM54 juta. Ahli HPA Malaysia kini seramai 700,000 orang, Indonesia 400,00 Orang, Brunei 10,000 orang, Thailand 20,000 orang, Kemboja 3,000 orang. Jumlah Cawangan sebanyak 200 cawangan dengan 37 cawangan utama. Jualan tertinggi pernah dicatat hampir 20 Juta sebulan. HPA juga terdapat perniagaan lain seperti 11 buah restoren makanan segera (RFC). perhotelan, homestay, dobi, restoren masakan cina, restoren organik, restoren pizza (Malaysia dan Indonesia)